Jumaat, 21 Disember 2012

BAB1 : KEMAHIRAN KOMUNIKASI (penerangan)

(sumber dari slideshare)

Maksud Komunikasi

pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (pengantar) kepada pihak lain (penerima).
Guffey dan Almonte(2010) sumber dari buku modul pembangunan diri.


DIMENSI UTAMA KOMUNIKASI

Terdapat berbagai-bagai takrif komunikasi, dari takrif yang mengiktiraf komunikasi antara haiwan sehinggalah yang hanya mengiktiraf komunikasi antara manusia sahaja. Bagaimanapun, komunikasi biasanya diperikan berdasarkan enam dimensi utama, seperti yang berikut:
  1. Kandungan (apakah yang disampaikan?)
  2. Penghantar/Sumber/Pengekod (oleh siapa?)
  3. Bentuk (apakah bentuknya?)
  4. Saluran (apakah perantaranya?)
  5. Penerima/Sasaran/Penyahkod (kepada siapa?)
  6. Tujuan.
(sumber dari wikipedia)

MODEL-MODEL KOMUNIKASI

  • Komunikasi Linear
  • Komunikasi Interaksional
  • Komunikasi Transaksional

JENIS-JENIS KOMUNIKASI

1) Komunikasi Lisan
Perbendaharaan kata
Kelajuan
Intonasi
Humor
Singkat dan jelas

2) Komunikasi Bukan Verbal
Ekspresi wajah
Pandangan mata
Sentuhan
Gaya tubuh
Gerak isyarat
Prosemik
Artifak

3) Komunikasi Bertulis
Surat rasmi
Surat tidak rasmi
Memo
Emel
Tulisan ilmiah
BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI

ELEMEN DALAM PROSES KOMUNIKASI

1.  PENGHANTAR
orang yang mempunyai mesej untuk disampaikan
2.  MESEJ
maklumat, idea atau pandangan yang datangnya dari
minda penghantar dan cuba disampaikan kepada pihak lain
3.  ENKOD
maklumat, idea atau pandangan diterjemahkan dalam
bentuk-bentuk yang difahami oleh orang lain sama ada
menggunakan perkataan, bahasa atau simbol
4.  SALURAN
mesej disalurkan kepada penerima melalui sama ada
saluran iaitu percakapan atau melalui tulisan, visual atau
pergerakan8
5.  PENERIMA
orang yang menjadi sasaran mesej
6.  DEKOD
mesej diterima dan diterjemahkan atau ditafsirkan oleh
penerima untuk memberi makna
7.  MAKLUMBALAS
tindakbalas terhadap penerimaan dan pemahaman mesej oleh
penerima. Ia boleh jadi berbentuk lisan atau bukan lisan
8.  GANGGUAN
perkara-perkara yang mengganggu dan menghalang
keberkesanan komunikasi. Akibatnya maklumat yang
diterima mungkin tidak tepat atau disalah tafsir

(sumber dari http://www.nre.gov.my, powerpoint dan artikal)







Tiada ulasan:

Catat Ulasan