Rabu, 26 Disember 2012

BAB 2 : PEMIKIRAN KRITIS, PENYELESAIAN MASALAH DAN PEMIKIRAN SAITIFIK

Apakah Pemikiran Kritis?

Pemikiran kritikal adalah
satu bentuk pemikiran yang luar biasa kerana ia berada di luar skop pada apa yang dikritik dalam mengkritik sesuatu. Ianya sesuatu andaian yang jarang berlaku kerana selalunya pengkritik hanya melihat dari sudut yang kecil mengikut pemahamannya sahaja” – Edward de Bono
Bahasa Greek, krino- bermaksud memilih, memutuskan keputusan, atau menilai.
krites adalah seseorang yang membezakan, menilai atau menimbangkan.
kritikos mempunyai keupayaan untuk membeza dan membuat keputusan.
Pemikiran kritis : aktiviti di dalam otak > proses mentafsir, menilai dan menganalisis maklumat berlaku. 
Kritikos dari bahasa Yunani : menimbang atau judge (asal ‘kritis’)
Kamus Dewan Edisi 3 : kritis bermaksud ‘tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu’.
Ciri-ciri Pemikiran Kritis
Tidak mudah untuk terus menerima atau bersetuju terhadap sesuatu perkara; mempertimbangkan baik buruk sesuatu perkara dahulu
Berfikir secara mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu idea
Melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, tafsiran dan penilaian. Ia juga meliputi proses-proses pemikiran lain yang berkaitan untuk mencapai satu kesimpulan yang kukuh
Penghujahan adalah aspek yang diutamakan dalam pemikiran kritis; cara-cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat
Bersifat reaktif, penilaian, analisis dan logik

Komponen Pemikiran Kritis


Kelebihan Pemikiran Kritis
Menjadi lebih Matang
Bersifat Objektif dalam Membuat Penilaian dan Keputusan
Sensitif dan Prihatin
Berjiwa Besar, Yakin dan Berani
Lebih Berhemat dan Bertanggungjawab
Ketahanan Diri dan Estim Diri yang Tinggi
Tidak mudah dipengaruhi 

Sikap Pemikir Kritis Yang Baik

Berfikiran rasional; mampu meneliti pengalaman lalu, menilai dan menimbang pelbagai pendapat dan idea sebelum membuat keputusan.
Mampu mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan penyataan yang dikemukakan oleh pihak lain.
Ingin tahu dan minda terbuka.
Mengutamakan kejituan, objektiviti dan inginkan kejelasan serta ketepatan; sentiasa mempunyai maklumat yang cukup.
Sentiasa mencari alternatif.
Sensitif terhadap perasaan orang lain.

 Logik

Logik berasal dari perkataan Yunani : “Logos” yang memberi maksud pengucapan, pernyataan, pemikiran akal & sebab.
Menurut Copi (1986) : prinsip-prinsip yang digunakan untuk membezakan betul dan salah sesuatu hujahan.
   

Penyelesaian Masalah

       “Mengelakkan masalahadalah perkara penting dalam penyelesaian masalah. Selain daripada menyelesaikan masalah, anda boleh pergi ke penghujung dan mengubahnya untuk mengelakkan ia berlaku pada tempat yang sama– Edward de Bono

Jauharah (1995) masalah boleh ditafsirkan sebagai perbezaan yang terdapat antara keadaan sebenar dengan keadaan yang diingini tentang sesuatu benda, perkara, hal atau keadaan.
Contoh:  seseorang yang sedang berada di Johor Bahru perlu berada di Alor Setar dalam masa empat jam. Masalahnya bukan kerana dia tidak berada di Alor Setar tetapi jarak melebihi 600 kilometer itulah masalahnya untuk sampai dalam masa empat jam.

Strategi Penyelesaian Masalah



 Strategi Penyelesaian Masalah


Bentuk-Bentuk Penyelesaian Masalah

§Penyelesaian masalah secara saintifik.
§Penyelesaian masalah secara kritis / logik.
§Penyelesaian masalah secara kreatif / lateral.
§Penyelesaian masalah secara Islam.

Penghalang Kepada Penyelesaian Masalah

(sumber dari power point kuliah pembangunan diri bab 2 )















Tiada ulasan:

Catat Ulasan