PENGENALAN
Fenomena
globalisasi akan terus memberi impak dan cabaran kepada semua negara di dunia
khususnya di negara membangun seperti Malaysia. Untuk mengatasi cabaran
globalisasi, Malaysia perlu mengatur strategi serta mengambil langkah proaktif
untuk mengupayakan dirinya berdaya saing dan terus maju melalui pencapaian
modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.
Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) merupakan saluran pembelajaran sepanjang hidup utama bagi
seseorang individu, sehaluan dengan sistem pendidikan negara dari peringkat
prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, prauniversiti dan seterusnya
pengajian tinggi. Malah PSH merupakan tonggak ketiga dalam pembangunan modal
insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selain daripada pendidikan asas
dan pendidikan tertiari negara.
Program
PSH adalah agenda utama negara dalam pembangunan modal insan. Berdasarkan Pelan
Induk PSH untuk Malaysia 2011-2020, fokus diberi kepada kumpulan peserta yang
berumur antara 15 hingga 64 tahun memandangkan kumpulan tersebut merupakan
golongan rakyat yang masih aktif dan produktif bagi memaju dan membangunkan
ekonomi negara.
Dalam
konteks keperluan negara, PSH ditakrifkan sebagai semua pembelajaran yang
dilalui oleh seseorang individu dalam lingkungan umur 15 tahun ke atas kecuali
pelajar profesional. Pelajar profesional adalah golongan pelajar yang menyertai
pendidikan sepenuh masa sama ada di sekolah, kolej, institusi latihan ataupun
universiti dengan matlamat akan memasuki pasaran kerja buat pertama kali bagi
individu tersebut.
Unjuran
penduduk Malaysia adalah seramai 34.2 juta orang menjelang tahun 2020 dan
golongan pekerja yang berada dalam lingkungan umur antara 15 hingga 64 tahun
adalah sebanyak 26.2 juta orang. Maka potensi dan permintaan untuk program PSH
disalurkan kepada rakyat jelata adalah jelas bagi tujuan peningkatan kemahiran
dan pengetahuan yang seterusnya dapat menyumbangkan nilai dan pembangunan
ekonomi negara. Sasaran Pelan Induk Pembudayaan PSH untuk Malaysia adalah 50%
daripada penduduk berumur 15 hingga 64 tahun akan berpeluang menyertai program
peningkatan diri PSH menjelang tahun 2020. Usaha ini akan memberi manfaat
kepada sekurang-kurangnya 13.1 juta orang penduduk.
PSH
yang dilaksanakan oleh IPT menggunakan pendekatan pendidikan jarak jauh,
pendidikan fleksibel, pengiktirafan pengalaman bekerja (recognition of prior
learning) dan penawaran kursus pendek bagi peningkatan pengetahuan dan
kemahiran diri. Asas penubuhan dan kepentingan Projek Agenda Kritikal (CAP)
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah bagi membudayakan PSH dan
memperkasakan program dan aktiviti PSH melalui:
ü
Peningkatan
kesedaran dan penyertaan PSH;
ü
Pewujudan
mekanisme dan infrastruktur yang dapat memudah cara serta memberi pengiktirafan
dan akreditasi PSH;
ü
Penyelarasan
program PSH oleh semua institusi / agensi di bawah KPT agar tiada pertindihan
program dan aktiviti;
ü
Penggalakan
perkongsian sumber dan infrastruktur dalam melaksanakan PSH;
ü
Sokongan
kewangan dan insentif yang sewajarnya; dan
ü
Pemantauan
program aktiviti PSH secara berkala;
e-book (sumber dari laman http://www.mohe.gov.my/psptn/index.php?option=com_content&view=article&id=81&Itemid=60, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA)
DEFINISI
& KONSEP
PENGURUSAN
MAKLUMAT
·
Maklumat : Data, bahan
dan pengetahuan
yang tersusun dalam struktur yang
mempunyai makna.
·
Pengurusan Maklumat : Ilmu
berkenaan
kemahiran untuk menerima, mengesan,
mengenalpasti, mendapat semula, menilai,
memurni, menyusun, dan menggunakannya
pada masa yang perlu dan mengambil
manfaat untuk diri dan orang lain.
KONSEP
PENGURUSAN MAKLUMAT
·
Kecemerlangan pengurusan maklumat
dilihat dari segi kemampuannya mencapai matlamat dan tujuannya.
·
Pengurusan maklumat yang cekap akan
membangunkan akal budi manusia menjadi warganegara yang baik.
·
Ketakwaan dan keimanan pula menjadi
perisai daripada gejala negatif dan pelanggaran undangundang.
DEFINISI
& KONSEP LITERASI MAKLUMAT
Literasi
Maklumat:
Satu “set kemahiran” pengurusan maklumat yang boleh dipelajari
seperti :-
·
penggunaan alatan,
·
penggunaan teknik,
·
penggunaan kaedah dan
·
sikap terhadap pembelajaran itu
sendiri.
Keupayaan mencari dan
menggunakan maklumat adalah kunci pembelajaran
sepanjang hayat.
TERAS
UTAMA PENGURUSAN MAKLUMAT
PEMBELAJARAN
SEPANJANG HAYAT (PSH)
Definisi:
ü
Pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau
profesional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas motivasi kendiri.
ü
PSH adalah integrasi pembelajaran formal dan
tidak formal untuk membangunkan kebolehan meningkatkan kualiti hidup secara berterusan.
ü
Pembelajaran ialah satu proses kehidupan yang
berlaku sepanjang masa dan di mana sahaja.
KONSEP
PSH
Manusia dilahirkan tanpa maklumat, tetapi
dibekalkan pancaindera untuk belajar mencari maklumat. Firman Allah yg
bermaksud:
“Dan
Allah mengeluarkan
kamu
dariperut ibumu dalam keadaan tidak
mengetahui
sesuatupun, dan diamemberi kamu pendengaran,
penglihatan
dan hati, agar kamubersyukur”.
(Al-Quran, An-Nahl,16:78).
PSH adalah proses yang bermula dari lahir
sehingga ke akhir hayat, bermula dalam institusi keluarga dan seterusnya
komuniti, sekolah, tempat kerja dan sebagainya. Konsep ini mempunyai kelebihan dari
segi keanjalan, kepelbagaian dan kebolehdapatan dalam konteks masa dan tempat
proses pembelajaran tersebut dilaksanakan. Jenis maklumat yang dipelajari dan
fokusnya berbeza mengikut perbezaan tahap umur setiap individu.
KEPENTINGAN
PSH
·
Menambahbaik kebolehan dalam kerjaya.
·
Meningkatkan kualiti dalam konteks pengetahuan,
aptitud, kemampuan kritis dan kemampuan untuk bertindak.
·
Membantu membangunkan kesedaran tentang
diri dan persekitaran.
·
Menggalakkan penglibatan sosial di tempat
kerja dan dalam komuniti.
KAEDAH
MEMPEROLEHI & APLIKASI PSH
·
Surrounding schooling – pembelajaran
tidak formal di luar rumah.
·
Home schooling – pembelajaran
tidak formal di rumah.
·
Pembelajaran maya (online learning).
·
Pembelajaran formal – mendapat sijil, kelayakan
dan kemahiran.
PROSES
PSH
·
0-5 tahun: Pembelajaran menggunakan deria-deria yang mengaktifkan
sel-sel otak dengan bimbingan ibubapa sehingga ke pra sekolah.
·
6-24 tahun: Pembelajaran
formal di peringkat sekolah rendah menengah dan pengajian tinggi. Bertujuan
untuk membangunkan empat fakulti, iaitu fizikal, mental, emosi dan intelektual.
·
25-60 tahun: Pembelajaran tidak
fomal melalui media instructional di tempat kerja, dari rakan sekerja, media massa,
teknologi maklumat, persekitaran dan alam sekitar.
·
Pembelajaran dari pengalaman dan penyelesaian
masalah memerlukan pembangunan intelek, kemampuan dan integriti yang berterusan
.
·
60 tahun ke
atas: Pembelajaran melalui aktiviti yang bersesuaian dengan tahap umur,
seperti kerjakerja kemasyarakatan. Individu dalam julat umur ini mampu:
ü Mendapatkan
pengetahuan dan menyumbangkan kepada masyarakat.
ü Menjalankan
kerja-kerja sukarela melalui persatuan atau kelab komuniti.
ü Melahirkan
rasa kepuasan kepada diri serta memberi faedah kepada masyarakat.
MODEL
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)
HUBUNGAN
LITERASI MAKLUMAT DAN PSH
1.
Saling Hubung Kait
-
Menodrong kendir
-
Terarah kendiri
-
Menurunkan kuasa kendiri
-
Menjadi benar kendiri
2.
Kedua-duanya saling menambahbaik
-
Set pilihan dan opsyen
-
Kualiti kebergunaan pendidikan dan latihan
-
Peluang mencari dan mendapatkan kerja
3.
Perbezaan
-
Literasi maklumat adalah satu set kemahiran manakala
pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah tabiat yang baik
(sumber dipetik dari buku modul Pembangunan Diri)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan