Jumaat, 28 Disember 2012


TEAM KAMI


KAMI TERDIRI DARIPADA 8 0RANG AHLI KUMPULAN
  1.  I'ZWATULFASIHAH
  2. NURUL SHAHEDA
  3. SITI SHAHIEDATUL SHAFIEQAH
  4. MUHAMMAD ZAMIR
  5. MOHAMAD TAUFIK
  6. NURUL FARHANA
  7. FAREED FAHIMI  
  8. ZAZA NORFARID   


Khamis, 27 Disember 2012

HOME

BLOG INI MEMPUNYAI 2 BAHAGIAN IAITU :
  1. TUGASAN
  2. PERINCIAN BAB
KLIK PADA PERKATAAN DIBAWAH

1. TUGASAN
2. PERINCIAN BAB

BAB 4 : PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Pembelajaran Sepanjang Hayat
PENGENALAN

Fenomena globalisasi akan terus memberi impak dan cabaran kepada semua negara di dunia khususnya di negara membangun seperti Malaysia. Untuk mengatasi cabaran globalisasi, Malaysia perlu mengatur strategi serta mengambil langkah proaktif untuk mengupayakan dirinya berdaya saing dan terus maju melalui pencapaian modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan saluran pembelajaran sepanjang hidup utama bagi seseorang individu, sehaluan dengan sistem pendidikan negara dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, prauniversiti dan seterusnya pengajian tinggi. Malah PSH merupakan tonggak ketiga dalam pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selain daripada pendidikan asas dan pendidikan tertiari negara.
Program PSH adalah agenda utama negara dalam pembangunan modal insan. Berdasarkan Pelan Induk PSH untuk Malaysia 2011-2020, fokus diberi kepada kumpulan peserta yang berumur antara 15 hingga 64 tahun memandangkan kumpulan tersebut merupakan golongan rakyat yang masih aktif dan produktif bagi memaju dan membangunkan ekonomi negara.
Dalam konteks keperluan negara, PSH ditakrifkan sebagai semua pembelajaran yang dilalui oleh seseorang individu dalam lingkungan umur 15 tahun ke atas kecuali pelajar profesional. Pelajar profesional adalah golongan pelajar yang menyertai pendidikan sepenuh masa sama ada di sekolah, kolej, institusi latihan ataupun universiti dengan matlamat akan memasuki pasaran kerja buat pertama kali bagi individu tersebut.
Unjuran penduduk Malaysia adalah seramai 34.2 juta orang menjelang tahun 2020 dan golongan pekerja yang berada dalam lingkungan umur antara 15 hingga 64 tahun adalah sebanyak 26.2 juta orang. Maka potensi dan permintaan untuk program PSH disalurkan kepada rakyat jelata adalah jelas bagi tujuan peningkatan kemahiran dan pengetahuan yang seterusnya dapat menyumbangkan nilai dan pembangunan ekonomi negara. Sasaran Pelan Induk Pembudayaan PSH untuk Malaysia adalah 50% daripada penduduk berumur 15 hingga 64 tahun akan berpeluang menyertai program peningkatan diri PSH menjelang tahun 2020. Usaha ini akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 13.1 juta orang penduduk.
PSH yang dilaksanakan oleh IPT menggunakan pendekatan pendidikan jarak jauh, pendidikan fleksibel, pengiktirafan pengalaman bekerja (recognition of prior learning) dan penawaran kursus pendek bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran diri. Asas penubuhan dan kepentingan Projek Agenda Kritikal (CAP) Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah bagi membudayakan PSH dan memperkasakan program dan aktiviti PSH melalui:
ü  Peningkatan kesedaran dan penyertaan PSH;
ü  Pewujudan mekanisme dan infrastruktur yang dapat memudah cara serta memberi pengiktirafan dan akreditasi PSH;
ü  Penyelarasan program PSH oleh semua institusi / agensi di bawah KPT agar tiada pertindihan program dan aktiviti;
ü  Penggalakan perkongsian sumber dan infrastruktur dalam melaksanakan PSH;
ü  Sokongan kewangan dan insentif yang sewajarnya; dan
ü  Pemantauan program aktiviti PSH secara berkala;

e-book (sumber dari laman http://www.mohe.gov.my/psptn/index.php?option=com_content&view=article&id=81&Itemid=60, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA)



DEFINISI & KONSEP
PENGURUSAN MAKLUMAT
·         Maklumat : Data, bahan dan pengetahuan
yang tersusun dalam struktur yang
mempunyai makna.
·         Pengurusan Maklumat : Ilmu berkenaan
kemahiran untuk menerima, mengesan,
mengenalpasti, mendapat semula, menilai,
memurni, menyusun, dan menggunakannya
pada masa yang perlu dan mengambil
manfaat untuk diri dan orang lain.

KONSEP PENGURUSAN MAKLUMAT
·         Kecemerlangan pengurusan maklumat dilihat dari segi kemampuannya mencapai matlamat dan tujuannya.
·         Pengurusan maklumat yang cekap akan membangunkan akal budi manusia menjadi warganegara yang baik.
·         Ketakwaan dan keimanan pula menjadi perisai daripada gejala negatif dan pelanggaran undangundang.

DEFINISI & KONSEP LITERASI MAKLUMAT
       Literasi Maklumat:
Satu “set kemahiran” pengurusan maklumat yang boleh dipelajari
seperti :-
·         penggunaan alatan,
·         penggunaan teknik,
·         penggunaan kaedah dan
·         sikap terhadap pembelajaran itu sendiri.
Keupayaan mencari dan menggunakan maklumat adalah kunci pembelajaran sepanjang hayat.

TERAS UTAMA PENGURUSAN MAKLUMAT


PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)
Definisi:
ü  Pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesional yang dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas motivasi kendiri.
ü  PSH adalah integrasi pembelajaran formal dan tidak formal untuk membangunkan kebolehan meningkatkan kualiti hidup secara berterusan.
ü  Pembelajaran ialah satu proses kehidupan yang berlaku sepanjang masa dan di mana sahaja.

KONSEP PSH

Manusia dilahirkan tanpa maklumat, tetapi dibekalkan pancaindera untuk belajar mencari maklumat. Firman Allah yg bermaksud:

“Dan Allah mengeluarkan
kamu dariperut ibumu dalam keadaan tidak
mengetahui sesuatupun, dan diamemberi kamu pendengaran,
penglihatan dan hati, agar kamubersyukur”.
 (Al-Quran, An-Nahl,16:78).

PSH adalah proses yang bermula dari lahir sehingga ke akhir hayat, bermula dalam institusi keluarga dan seterusnya komuniti, sekolah, tempat kerja dan sebagainya. Konsep ini mempunyai kelebihan dari segi keanjalan, kepelbagaian dan kebolehdapatan dalam konteks masa dan tempat proses pembelajaran tersebut dilaksanakan. Jenis maklumat yang dipelajari dan fokusnya berbeza mengikut perbezaan tahap umur setiap individu.

KEPENTINGAN PSH

·         Menambahbaik kebolehan dalam kerjaya.
·         Meningkatkan kualiti dalam konteks pengetahuan, aptitud, kemampuan kritis dan kemampuan untuk bertindak.
·         Membantu membangunkan kesedaran tentang diri dan persekitaran.
·         Menggalakkan penglibatan sosial di tempat kerja dan dalam komuniti.


KAEDAH MEMPEROLEHI & APLIKASI PSH

·         Surrounding schooling – pembelajaran tidak formal di luar rumah.
·         Home schooling – pembelajaran tidak formal di rumah.
·         Pembelajaran maya (online learning).
·         Pembelajaran formal – mendapat sijil, kelayakan dan kemahiran.

PROSES PSH
       
·         0-5 tahun:  Pembelajaran menggunakan deria-deria yang mengaktifkan sel-sel otak dengan bimbingan ibubapa sehingga ke pra sekolah.
·         6-24 tahun: Pembelajaran formal di peringkat sekolah rendah menengah dan pengajian tinggi. Bertujuan untuk membangunkan empat fakulti, iaitu fizikal, mental, emosi dan intelektual.
·         25-60 tahun: Pembelajaran tidak fomal melalui media instructional di tempat kerja, dari rakan sekerja, media massa, teknologi maklumat, persekitaran dan alam sekitar.
·         Pembelajaran dari pengalaman dan penyelesaian masalah memerlukan pembangunan intelek, kemampuan dan integriti yang berterusan .
·         60 tahun ke atas: Pembelajaran melalui aktiviti yang bersesuaian dengan tahap umur, seperti kerjakerja kemasyarakatan. Individu dalam julat umur ini mampu:

ü  Mendapatkan pengetahuan dan menyumbangkan kepada masyarakat.
ü  Menjalankan kerja-kerja sukarela melalui persatuan atau kelab komuniti.
ü  Melahirkan rasa kepuasan kepada diri serta memberi faedah kepada masyarakat.

MODEL PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)

HUBUNGAN LITERASI MAKLUMAT DAN PSH
1.     Saling Hubung Kait
-      Menodrong kendir
-      Terarah kendiri
-      Menurunkan kuasa kendiri
-      Menjadi benar kendiri
2.    Kedua-duanya saling menambahbaik
-      Set pilihan dan opsyen
-      Kualiti kebergunaan pendidikan dan latihan
-      Peluang mencari dan mendapatkan kerja
3.    Perbezaan
-      Literasi maklumat adalah satu set kemahiran manakala pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah tabiat yang baik

(sumber dipetik dari buku modul Pembangunan Diri)


BAB3 : KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

TUGASAN  BAB 3 YANG TELAH DILAKSANAKAN IALAH MENYATAKAN TOKOH YANG DIMINATI DAN MENCERITAKAN TENTANG TOKOH PEMIMPIN TERSEBUT. TOKOH PEMIMPIN YANG KUMPULAN KAMI PILIH IALAH SHEIKH AHMAD YASSIN. BERIKUT MERUPAKAN PEBENTANGAN POWER POINT KUMPULAN KAMI BERKAITAN SHEIKH AHMAD YASSIN.




Sheikh ahmad yassin tugasan3 from gangnonames 
(sumber dari slideshare)



VIDEO INI MEMAPARKAN TENTANG SHEIKH AHMAD YASSIN.

Rabu, 26 Disember 2012

BAB3 : KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN


Inovasi dalam kepimpinan

         Kepimpinan berperanan kearah pencetusan inovasi adalah penting. Inovasi dalam kepimpinan yang di cetuskan ini perlu mempunyai latihan, pengalaman, pendedahan dan pengatahuan yang luas untuk mengurus sesebuah organisasi dengan baik.
Selain memberi dorongan dan komitmen kepada pekerja dalam menghasilkan kreativiti dan inovasi dengan menghantar mereka ke seminar-seminar atau latihan yang diperlukan, kepimpinan haruslah merangka strategi yang berkesan untuk membawa perubahan dinamik dan menjadikan organisasi itu kreatif dan inovatif. Ketandusan kreativiti dan inovasi dalam sesebuah organisasi boleh dilihat sebagai punca utama kelemahan sesebuah organisasi dalam menghadapi perubahan dan cabaran inovasi.
Di antara perubahan-perubahan inovasi yang dapat dilihat dalam kehidupan manusia ketika ini adalah inovasi teknologi dan inovasi pengatahuan.
Kejayaan perkembangan organisasi banyak bergantung kepimpinan yang bersifat kreatif dan inovatif kerana itu pemimpin perlu berpandangan jauh, pemikiran terbuka, serta sedia mendengar pandangan orang lain.
Mereka juga perlu mempunyai sifat-sifat yang berwibawa dalam mencorakkan pelbagai pembaharuan dalam organisasi. Dengan ciri-ciri tersebut, mereka boleh memberi dorongan dalam meningkatkan kualiti produk dan kualiti intelektual. Pemimpin sesebuah organisasi juga hendaklah berkeupayaan untuk memotivasikan pekerja serta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap mereka yang ada dalam organisasi.

 ( Sumber dari laman http://hairilhazlan.com/2010/inovasi-dalam-kepimpinan/, artikal kepimpinan )

Apa itu kerja berpasukan

        Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama. Antara ciri2 sebuah pasukan adalah:

CIRI-CIRI
PASUKAN KERJA
Ketua
Ketua sebagai fasilitator dan pebimbing pasukan
Membuat keputusan
Persetujuan seluruh pasukan setelah maklumat diterima dan dinilai
Matlamat
Matlamat ditentukan oleh pasukan
Penentuan kerja
Pasukan merangcang penugasan kerja secara bersama
Komunikasi
Komunikasi dua hala yang lebih terbuka dan telus
Kerjasama
Anggota berkongsi kepakaran dalam menjadi pelengkap antara satu sama lain
Hasil kerja
Hasil kerja berpasukan
Penilaian
Prestasi di nilai secara kolektif
















Jadual Ciri2 Sebuah Pasukan

Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian. Lapan nilai2 utama yang menjasi pra syarat kepada perlaksanaan kerja secara berpasukan iaitu:
        1.     Matlamat sama
        2.    Tanggungjawab bersama
        3.    Saling percaya mempercayai
        4.    Berkongsi idea
        5.    Saling bantu membantu
        6.    Bertolak ansur
        7.    Musyawarah
        8.    Kerjasama

Sering kali wujud kekeliruan antara kerja berpasukan dengan kerja berkumpulan. perlu dipastikan bahawa kedua-dua istilah ini berbeza. Kerja dalam kumpulan belum tentu membawa maksud kerja sepasukan. Terdapat banyak jenis kerja yang dilakukan oleh individu dalam kumpulan tetapi ia belum menjadi kepada contoh kepada kerja berpasukan kerana:

“Kerja berkumpulan menumpukan kepada kerja masing2 tetapi secara beramai-ramai setiap orang telah ditetapkan kerja yang mesti di siapkan. Malah seseorang dalam kumpulan hanya menerima arahan daripada ketua serta tidak terlibat di dalam menentukan sebarang keputusan atau tindakan”

Tambahan lagi, kerja berpasukan dapat menerima anggota pasukan yang berlainan latar belakang dan menganggap anggota yang berbeza sebagai “sebahagian daripada kita” tetapi kerja berkumpulan, biasanya anggota terdiri daripada mereka yang mempunyai persamaan dari segi cara berfikir dan latara belakang dan menganggap orang lain berbeza sebagai “bukan daripada kita“.

        ( Sumber dari laman http://hairilhazlan.com/2010/apa-itu-kerja-berpasukan/, artikal tentang kerja berpasukan )

Apakah sifat yang perlu ada untuk menjadi pemimpin

Sifat-sifat yang perlu ada untuk menjadi seorang pemimpin ialah:
       Pintar
       Mempunyai keyakinan yang tinggi
       Karisma
       Azam yang kuat
       Mempunyai kemahiran social
       Intergriti

Definisi Kepimpinan

       Berasal dari perkataan ‘pimpin’
       Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan 1994).
       Satu proses dimana seorang ejen mempengaruhi atau memujuk subodinatnya supaya berkelakuan seperti yang dikehendakinya (Bennis 1959)
       Hadirnya pengaruh tertentu di dalam hubungan diantara dua orang atau lebih (Hollander & Julian 1969)
       Mengarah atau menyelaras kerja-kerja ahli kumpulan (Fiedler 1967)
       Hubungan antara perorangan (interpersonal) iaitu ahli lain mematuhi
       Kepimpinan ialah “satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi” (Gordon 1955).
       Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi bagi:
ü  menetapkan matlamat
ü  menyusun
ü  mengarah dan menyelaras
ü  mengawal bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

Gaya kepimpinan


Teori-teori kepimpinan


Fungsi pemimpin

1.  FUNGSI TUGASAN
Memahami tugas dan merancang pelbagai rancangan bg menyelesaikan tugas secara menyeluruh
2.  FUNGSI KUMPULAN
Pemimpin adalah contoh kepada kumpulan
3.  FUNGSI TERHADAP INDIVIDU
Pemimpin mengawal individu dalam kumpulan


DEFINISI KONSEP KERJA BERPASUKAN

  •       Menggunakan konsep kerja berpasukan adalah satu pendekatan yang unik tetapi kreatif.
  •    Kerja berpasukan mengenal pasti segala kekuatan dan kelebihan semua ahli, mengembeling segala elemen positif dan menggabungkannya sebagai satu punca tenaga baru (Francis &Young 1979).
  •     Pemimpin boleh menjadikan satu pasukan kerja yang lebih efektif dengan cara mengumpulkan kesemua ahli yang berbakat serta memupuk dan memotivasikan semangat mereka menjadi lebih positif demi mencapai matlamat pasukan kerja yang ditetapkan.  


Perbezaan antara  kerja berpasukan dan kerja kumpulan


Teori kerja berpasukan

           Kepimpinan yang lemah biasanya dilihat sebagai halangan kepada kemajuan sesuatu pasukan. Selain dari pemimpin, peranan pasukan itu sediri akan mempengaruhi kejayaan atau kegagalan sesuatu pasukan yang terbina. Untuk memahami konsep kerja berpasukan,kita akan melihat kepada teori-teori yang berkaitan dengan kerja berpasukan:
  • Teori Belbin
  • Teori Hierarki Keperluan Maslow(Abraham Maslow – 1954)
  •  Teori X dan Y (Douglas McGregor)

Kelebihan dan faedah kerja berpasukan

  1.   Memupuk Sikap Bekerjasama
  2.  Membuat Keputusan Dan Penyelesaian Masalah
  3. Sumber Manusia Akan Lebih Produktif
  4. Membina Komitmen Yang Mantap
  5. Membina Jaringan Komunikasi Yang Berkesan
  6. Berkualiti 
  7. Semangat Dan Motivasi
  8. Mengurangkan Tenaga Dan Kakitangan
  9. Kepuasan Bekerja

Ciri-ciri kerja berpasukan

Kerja berpasukan memiliki cirinya yang tersendiri. Yeop Hussin (2011) seorang pensyarah tempatan menghuraikan aspek-aspek penting yang perlu ada untuk satu kerja pasukan yang mantap. Berikut merupakan hasil dapatan kajian beliau :
ü  Kepimpinan Ketua
ü  Keanggotaan Ahli
ü  Rangkaian Hubungan
ü  Cara Penyelesaian  Masalah
ü  Mencapai Matlamat

    ( Sumber dari laman buku Modul Pembangunan Diri )